Welcome To My Blog

Monday, 29 April 2013

Tumbuhan Sekeliling Kita

Dalam topik Tumbuhan Sekeliling Kita, tiga jenis tumbuhan akan diperkenalkan iaitu : Bunga Kembong, Pokok Kelapa dan Pokok Buah Mangga.Terima kasih kepada Hup Lick Publishing (M) Sdn. Bhd. yang menerbitkan buku siri tumbuhan. Dengan itu, barulah dapat sumber gambar yang jelas dan menarik.


Jenis Tumbuhan : Bunga Kembong


Pokok Bunga Kembong


Daun Bunga Kembong


Tepi daun bunga kembong adalah tidak rata seperti gigi gergaji. Hujung daun berbentuk tajam.



Bunga Kembong


Bunga kembong terdapat pelbagai warna, ada yang warna tunggal dan ada yang warna campur dalam satu pokok.



Buah Bunga Kembong


Panjang buah bunga kembong adalah kira-kira 1.5 - 2.5 cm. Buah bunga kembong yang matang akan meledak sendiri untuk penyebaran biji benih.



Benih Bunga Kembong


Akar Bunga Kembong


Akar bunga kembong yang berserabut boleh dijadikan sebagai ubat.



Dairi Tumbesaran Bunga Kembong


Jenis Tumbuhan : Pokok Kelapa


Pokok Kelapa


Buah Pokok Kelapa


Buah kelapa muda terdapat dua jenis warna iaitu hijau dan kuning. 



Bunga Pokok Kelapa


Pokok kelapa adalah tumbuhan berbunga, pokok
kelapa akan berbuah selepas bunga gugur. Buahnya bernama kelapa.



Batang Pokok Kelapa


Pokok kelapa mempunyai batang tetapi tiada dahan. Tangkai daun terus tumbuh dari pucuk pokok.



Daun Pokok Kelapa


Daun pokok kelapa panjang dan kurus. Daunnya
terdapat banyak kegunaan.



Akar Pokok Kelapa


Akar pokok kelapa panjang dan halus. Akar yang halus  senang patah.



Dairi Tumbesaran Pokok Kelapa


Jenis Tumbuhan : Pokok Mangga


Pokok Mangga


Pokok mangga yang berbuah lebat. Buah mangga ialah salah satu buah tempatan yang sedap.



Daun Pokok Mangga


Daun pokok mangga berbentuk panjang. Permukaan daunnya berkilat.



Buah Mangga


Bunga Mangga


Bunga pokok mangga banyak dan kecil. Warnanya ada yang kuning dan ada yang merah pudar.



Akar Pokok Mangga


Pokok mangga adalah pokok yang berakar tunjang.